About this blog


Picture Captions

Pages

Thursday, March 31, 2011

Adab Memberi Nasihat




Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”

Hadis riwayat al-lmam Muslim.
.................................................................................

Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita.

Pengertian nasihat

Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.

Adab-adab memberi nasihat


1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.

3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.

4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.

5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.

Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.


ARTIKEL INI DI PETIK DARI PORTAL ILUVISLAM.COM
Sekadar ingin berkongsi dengan kawan2 semua...

Mutiara Kata


Salam..
di sini aku ingin berkongsi dengan korang semua...
mutiara kata..yang dicopy dari portal iluvislam.com
sama2 la kita renung2 kan...



Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Wednesday, March 30, 2011

BABY TIDO YANG SANGAT COMEL

Salam...
hai semua....
di sini aku ingin berkongsi ngn semua pasal gambar baby..
comel sgt baby2 ni bile tdo.....very the cute...heheheh
aku sje jer nk berkongsi..sb..aku rse mereka2 ini mmg cute giler.....heheh
ok la...enjoy the picture.....






Haaa...mcm mane....cute kan diorg ni...hehhe...i likeeeeee...

Tuesday, March 29, 2011

SEDIH...RINDU.....

Salam...
hai semua....arini aku sedih sgt....aku rindukan mak....huhuhudah
lama xjupe mak.....walaupn aku selalu call....tp...xsama kalu jupe depan mata....uwaaaaa
maaaakkkk...miss u sooo...muccccchhh
bile dgr suara mak kat telefon....sayu sgt rse hati ni.....sedih sgt2......rse mcm nk balik time tu jgk....huk3
maaakkkk....nor akan cari mase utk balik jenguk mak....
maafkan nor sb..dh lame xbalik jenguk mak...bukan xnk balik......tp.....
kalu ikutkan hati...mmg nk sgt balik.....
kalu boleh...nk bawak mak duk cni.....nak jaga mak....huhuu
"YA ALLAH YA TUHANKU.....KAU sembuhkanlah penyakit ibuku...KAU berikanlah ibuku kesihatan yang baik....agar ibuku sihat..dan kembali seperti sedia kala....."amin.....
Maaakkk...semoga mak kuat untuk hadapi semua dugaan ini....
insyaALLAH....Nor doakan mak cepat sembuh....
semoga mak dapat melihat bakal cucu mak yang akan melihat dunia ini tidak lama lgi....
maaak....nor rindukan maaak......


Wednesday, March 23, 2011

Kelebihan Surah2 dalam Al-Quran


Salam...
disini aku igin berkongsi sedikit info yg berguna untuk kite semua...
aku dapat info ni melalui satu laman web...
aku rase...ia amat berguna sekali untuk kite..
selama ini...kite mgkin xtau...ape kelebihan2 disebalik surah2 di dalam Al_Quran...
jadi...di bawah ini...sama2 la kite renungkan n mengamalkan surah2 ini...
selamat beramal....

1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r. a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat
89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membac ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap- tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s. w. t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' (Saba') Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

Tuesday, March 22, 2011

Alhamdulillah

Salam....
Alhamdulillah....kesihatan ibuku semakin baik...
kandunganku pn sihat...insyaALLAH...semoga hari demi hari ia semakin baik....amin...
Mak....semoga kesihatan ibu semakin hari semakin baik...dan mak dapat mnjalani kehidupan harian seperti biasa...
erm....
alhamdulilah....bile aku rse pergerakan baby dalam kandunganku ini...
seronok sgt....dan aku tau baby sihat...
asbenku pn seronok sgt bile die sndiri dapat merasa pergerakan anak kami ini dalam kandunganku ini....:)
kami rasa bahagia sangat2,....
xsabar rasenya nk menunggu kedatanganahli keluarga baru dlam hidup kami....
sememangnya kami akan mnjaganya sebaik mungkin...
sesungguhnya....kedatangannya amat ditunggu tunggu oleh kami berdua...
semoga bakal anak kami ini akan lahir dengan selamat....
hanya tinggal 3 bln lebih untk kami menatap wajah anak kami....
insyaALLAH...semoga TUHAN permudahkan segalanya...
semoga dengan adanya bakal anak kami ini...kehidupan kami sekeluarga akan bertambah baik...insyaALLAH......amin...


Wednesday, March 9, 2011

Info untuk kite semua

Salam semua...
di sini sy ingn berkongsi sedikit info untuk kesedaran kita semua..
semoga ia berguna utk kite semua...
info ini sy perolehi melalui forum cari.....

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu--suatu pengajaran

Assalamualaikum Semua,

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
  • Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.
  • Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
  • *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

  • Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

  • Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
  1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
  2. Membaca quran sehingga menitis air mata.
  3. Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
  • 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
  1. Anak.
  2. Ibu.
  3. Suami.
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J

  • Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.
  • Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

  • Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.
  • Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.
*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.
  • Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
  • “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
  • *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita..
  • Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
  • Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
  • “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
  • “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
  • *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!q Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

  • *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
  • Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.
  • Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
  • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
  • Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.
  • *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

Tuesday, March 1, 2011

MASUK WAD LAGI......

Salam....
huhu...ibuku masuk wad lg.....waaaaa...
kesian kat mak...asyik berulang ke hospital jer...
pas satu...satu penyakit.....ni dgr2..ade penyakit lain lak...
yg dtg....tp...xbetul2 cnfrm lg....
dr dh scan.....huhuhu...
YA ALLAH YA TUHANKU....KAU sembuhkanla penyakit ibuku...
KAU sihatkanla tubuh badannya seperti sedia kala....
ku xsanggup tgk ibuku menderita....huhu
kalu ikutkan hatiku...ingin saja aku balik ke kampung..
untuk jumpa ibuku...tp..apakan daya....
komitment ku di sini xmengizinkan ku pulang ke kampung....
tambahan lg...keadaan usia kandunganku sudah berusia 5bln lebih...
aku perlu kurangkan travel jauh..hhuhuh..utk keselamatan babyku dlm kandunganku ini...
maafkan diriku mak.....,...waaaaa.....sedih rsenya hati ini...bile mndengar suara ibuku..
yg lemah di telefon....
tiub dimasukkan melalui hidung...utk
mengeluarkan sisa2 di dalam perut.....
itu myebabkan suara ibuku sedikit sengau...
dan pertuturannye kurang jelas....huhu...
mak.....bykkn bersabar yer mak...
insyaALLAH..mak akan sembuh......
sy akan sentiasa doakan kesihatan mak......amin....