About this blog


Picture Captions

Pages

Tuesday, June 28, 2011

LELAKI...Hormatilah Isteri Anda


Salam...lama betul rsenye aku x mengupdate blog ini...
nak kte bz...xde la sgt kot....
malas pn ade....hehheh
erm...di sini sy ingin berkongsi sedikit maklumat,
yang mungkin amat berguna utk pengetahuan suami2 kita..
Petikan ini di ambil di ILUVISLAM.com.my
Semoga kita semua mmpnyai keluarga yg bahagia...
InsyaALLAH.....

Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.

Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?

Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.

Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.

Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.

Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.

Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.
Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.
Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.
Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.

Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.

Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.
Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.
Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.
Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.
Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.
Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.
Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.
Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.

Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.
Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.

Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.

Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.

Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.

Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.


Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga

Friday, May 20, 2011

TIPS PERKAHWINAN

Salam..di sini saya ingin berkongsi sedikit tips perkahwinan utk kita semua...tips ini saya ambil dari laman web kadjemputan.com. ...


Panduan Menambat Hati Suami


Keharmonian dan kebahagiaan hidup berumahtangga merupakan impian dan harapan setiap pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri untuk menambat hati suami :

1. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

2. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

3. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

4. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

5. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

6. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

7. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian untuk berfikir.

8. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.

9. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

10. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang memerlukan bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh sesukahati dan isteri haruslah menggunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut ataupun dengan nada memujuk.

11. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau "Abang nak minum ke?"

12. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

13. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai yang mana akan melengahkan masa.

14. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

15. Belikan hadiah-hadiah yang praktikal dari semasa ke semasa. Contohnya, tali leher, kemeja, tali pinggang, dompet, jam tangan dan seumpamanya.

16. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Contohnya, pergi "dating" atau "berbulan madu" sekali sekala ketika menyambut hari ulang tahun perkahwinan ataupun hari lahir dan sebagainya.

17. Jika suami melakukan kesalahan/kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ". Berkasar dengan suami adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam. Berbincanglah dan selesaikan dengan cara yang betul.

18. Hantar kad ucapan selamat pada hari-hari istimewa.

19. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

20. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

21. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

22. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

23. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

24. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

25. Beri pujian terhadap penampilan suami (rambut, wajah, pakaian, dan sebagainya)

26. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

27. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

28. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung).

29. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

30. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

31. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

32. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dengan orang lain.

33. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

34. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu (walaupun ada jalan yang lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik).

35. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

36. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

37. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

38. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

39. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yang disukai suami.


Semoga kita semua bahagia bersam suami kita...bertolak-ansurlah sesama kita...
jika ada masalah..berbincang lah...jangan terburu-buru membuat keputusan...
InsyaALLAH rumahtangga kita akan aman harmoni...


Thursday, April 28, 2011

Kelakar sangat...comelll....

Salam...hai semua...thanx kepada yang sudi menjengah blog saya yang xseberapa ini....Erm..arini...aku g check up di Klinik Kesihatan Putrajaya....
alhamdulillah....semuanya normal....jantung baby normal..tekanan darah normal....HB aku pn dah naik balik...heheh...sb..check up yang lepas...HB aku turun...
dari 12.5 kepada 9.6..byk tuuuu..hehehhe
tp,...alhamdulillah...arini dah naik balik...kepada 11.2...nurse pn puji..bagus...hehehhe...alhamdulillah....semoga pasni..xturun lg....insyaALLAH...Haa....aku nk kongsi satu citer...hehhe...cute sgt.....
semalam...bby dlm perut ni...nk main2 ngn papa die...hehehhsmlm...perut aku..mase nk tdo...perut aku...sandarkan ckit kat badan suami aku...
heheh...pastu...bby menendang2...kuat sgt....pastu..asben aku pusing laa...nk pegang perut aku...pastu...bby diam jer...xgerak2/nendang2 dah....
erm...pastu..bila asben aku alihkan tgn die dr perut aku....die menendang balik...hehehh...pastu...asben aku..letak lg...tangan die kat perut aku.....bby diam lg....hahahah.....bile alihkan..die gerak lgi....haha,...kelakar kan...cute sgt....die nk main2 ngn papa die....hehehe
aku rasa sgt bahagia.....kedatanganmu kami amat mengalu-alukan...semoga bby sihat selalu....mama akan buat yang terbaik utk kesihatan bby.....insyaALLAH...:)

Tuesday, April 26, 2011

MyBaby

Salam...hai semua...waah...seronok sgt bile ade terasa bergerak-gerak kat dlm perut ni...heheh..teruja sgt nk tgk die..hehe...semoga bby sihat kat dlm sane...bile die bergerak-gerak...terasa sgt keajaiban ALLAH s.w.t...kadang2 terpikir..mcm mane sorg bby boleh hidup di dalam perut ini...YA ALLAH..suungguh besar keagunganMU...Baby...mama ngan papa xsabar nak tgk bby..semoga bby sihat dan mendapat khasiat yg seckupnya dari mama..kedatangan bby amat ditunggu tunggu oleh papa n mama...simbol kebahagian kami berdua...We always love u baby....


Thursday, April 14, 2011

Baby semakin aktif...

Salam...alhamdulillah..baby dalam kandungan ku sihat...aktif lagi...tp...die seorg pemalu....hehhedie malu nk tunjuk jantina die kat mama n papa die...die nk bagi suprise....hik3....tp...yg bestnya..mase doktor scan tu....die lambai kat ktorg....die hulurkan tangan die..pastu...buka genggaman jarinya...seperti ingin melambai....die nk say hai kat mama n papa die....seronok sgt tgk....xpuas...sb..kejap jer...doktor dh stop kan sb nk ukur saiz kepala die...tp ape pn..nnti kitorg nk wat 4D scan...nk tgk pergerakan die...mesti seronok kan...heheh...xsabar rsenye...


Friday, April 8, 2011

Pergi Tak Kembali

Salam...
Sama-samalah kita menghayati lagu ini...
Juga Aku mendoakan agar arwah bondaku yang tercinta tenang di sana...
InsyaALLAH...







Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Wednesday, April 6, 2011

Kau pergi jua.....

salam...
Tanggal 2 april 2011...6.20pg...
ibuku pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya....
perginya xkan kembali lagi...
perginya tanpa sempat melihat bakal cucunya yang bakal lahir....:(
perginya tanpa sempat melihat adikku mnjunjung segulung ijazah...
namun...kami redha dengan pemergiannya....
semoga rohnya dicucuri rahmat.....
dan berada di samping orang2 yang beriman...
kami anak2mu akan sentiasa mndoakan....
sentiasa akan mengingatinya....
insyaALLAH....